“Lor.. band Malaysia ke? Ingatkan band ‘ tuuut’..”.
Heh.. Setiap kali mendengar ungkapan sebegini, buatkan darah aku menyirap sampai ke telinga. Rasa macam nak lempang je orang yang menghamburkan kata-kata tersebut. Kenapa ye? Kamu kurang yakin dengan produk buatan Malaysia?
Paling tidak pun ini menampakkan yang hasil karya anak seni tempatan semakin mendapat perhatian umum. Membuka mata tauke-tauke pelopor industri hiburan tanah air yang selama ini hanya tahu membuat profit. Selama ini para pendengar dan penggemar musik Malaysia telah cukup lama di’bodoh’kan oleh mereka. Hampir setiap hari masyarakat kita disogokkan dengan material yang sama dari setiap stesen radio.
Nah! Kini kita boleh berbangga dengan kemunculan nama-nama baru seperti HUJAN dan Meet Uncle Hussein yang setanding karyanya dengan lagu-lagu yang sering berkumandang di radio. Tidak ada bezanya mereka ini dengan band-band “import” yang selama ini terlalu di’hi light’ kan sehingga membayangi kemunculan bakat-bakat anak tempatan. walhal, jika kita peka dengan persekitaran,sumbernya sama sahaja.Influence yang sama,nota musik yang sama, cuma bahasa, idea dan kreativiti arrangement sahaja yang membezakan mereka.
Kemunculan band-band seperti HUJAN dan Meet Uncle Hussein ini tepat pada masanya. Cukup dengan garapan pakej yang diperlukan untuk muncul di hadapan beribu-ribu penonton, dibantu dengan sedikit tuah. Memang menjadi! Walaubagaimanapun, mereka tetap berhak di atas apa yang mereka capai kini. Segala kerja keras, wang yang dilaburkan, tanpa kenal putus asa serta jiwa ‘rockers’ yang tebal dalam diri mereka memang berbaloi.
Persetankan segala keji, caci maki orang. Cuma kamu yang tahu ape yang kamu lakukan! ” do it right! do it best!

Album Support Our Local Acts@ SOLA telah pun berada dipasaran sejak Disember 2007. Jika anda pencinta seni tanah air, jangan lupa dapatnya dan yang penting yang original. Apa salahnya sekali sekala @ biasakan diri untuk TIDAK ‘mendownload’ secara percuma dari internet lagu-lagu produksi tempatan
Projek ini adalah projek yang akan membuka mata industri kita betapa rumus lama tidak dapat dipraktikkan lagi atau perlu pembaharuan yang lebih realistik. Masa berlalu dan akan sentiasa berlalu dan satu perubahan besar harus dilakukan seiring dengan perubahan masa bagi menyelamatkan industri musik kita daripada terus dipandang remeh oleh sestengah pihak terutama negara luar.
Diantara yang melopori SOLA ialah komposer Arab bersama penggiat seni Azmi Karim dan tulang belakang projek ini ialah barisan band-band indie yang lama dan baru yang sememangnya mempunyai bakat dan pernah mencipta sejarah mereka yang tersendiri. Band-band yang terlibat dalam album SOLA pertama ini ialah ACAB, OAG, Project AK, The Pilgrims, Butterfingers, Hujan, They Will Kill Us All, Pop Shuvit, Auburn, Komplot, Koffin Kanser, Gerhana Ska Cinta, The Suspect, Cronic Mass, Flop Poppy, Roots N Boots, Silkhannaz, Basic Right, Couple dan Vociferation Eternity
Tahniah buat Meet Uncle Hussein(MUH) dan Hujan!You all done a great job man!Kehadiran dua band indie ini ternyata memberi impak yang besar kepada dunia hiburan tanah air. Ternyata musik mereka dapat diterima telinga-telinga mereka yang sering mengkritik industri musik kita dan ini adalah bukti betapa negara kita tidak ketandusan anak seni yang benar-benar berbakat.
Masanya telah tiba!kemunculan mereka adalah satu petanda dimana lebih ramai lagi band-band seperti ini akan berdiri gah dalam industri musik tanah air.MUH dan Hujan peneraju proses transformasi musik masa kini. Semoga mereka akan terus berdiri gah dan ini bukan suatu yg mustahil lagi, sebelum lagu-lagu mereka keudara di cerung-cerung radio pun, fans mereka sudah melebihi artis yang sudah lama bertapak.Teruskan berjuang …!!Musik adalah JIWA!