Wow!GEmpaRrr.. dalam album PADI yang akan dijangka siap dan dipasarkan selepas hari raya nanti dengar kata gitaris PADI, Piyu akan menyumbangkan suara dalam sebuah lagu ciptaannya sendiri. Peminat kumpulan Queen ini akan
menyumbangkan lagu bertajuk Harmoni yang berkisar tentang kehidupan manusia yang diibaratkan seperti sehelai kertas putih, kosong, bersih, manusia sendiri yang memberikan ia corak. Kehidupan harus seimbang dan kehidupan akan lebih indah jika sesuatu yang positif@baik itu melebihi yang negatif… hiduplah dalam Harmoni!Namun lagu seperti ini sudah biasa kita dengar..tapi mungkin lirik dari Piyu dapat memberikan kelainan dan puitis seperti lagu-lagu PADI yang lain yang biasa kita dengar.
Menurut sumber, lagu ciptaan Piyu ni lebih kurang macam lagu Rapuh dalam album Save My Soul. Bermula dengan bunyian gitar akustik dan diikuti dengan bunyian okestra bersama full band dipenghujung lagu.Fuyooooh!Tak sabar nak tunggu album baru PADI dan yang pastinya tak sabar nak dengar suara Piyu …

Are you Sobat Padi? What do you expect from their coming album?







