ISU ARTIS LUAR KE DEWAN NEGARA

Menurut laporan akbar Berita Harian hari ini, Senator Tan Sri Jins Shamsudin akan membawa isu lambakkan penyanyi luar terutamanya dari negara jiran kita Indonesia ke Dewan Rakyat. Isu artis luar yang mendapat promosi yang meluas daripada sesetengah radio swasta ini boleh dikemukakan ke Dewan Rakyat dengan syarat perkara itu dikemukakan secara bertulis. Tan Sri Jins Shamsudin meminta Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), M Daud Wahid menyerahkan memorandum mengenai masalah tersebut dimana stesen radio swasta dan syarikat korporat dikatakan mengutamakan penyanyi luar negara dan meminggirkan artis tempatan.

 

Tan Sri Jins Shamsudin menjelaskan bahawa isu berkaitan masalah membabitkan karyawan muzik dipinggirkan oleh parlimen adalah TIDAK BENAR. M Daud Wahid mendesak Tan Sri Jins Shamsudin supaya memberikan perhatian terhadap permasalahan karyawan musik kita di Parlimen.

 

Menurut Tan Sri Jins Shamsudin beliau yakin ahli Dewan Rakyat akan menghormati isu membabitkan orang muzik kalau kita turut mengemukakan bukti bertulis.

 

Semoga isu ini dapat dikemukakan di Parlimen dan turut mencari jalan bagi mengembalikan kemanisan dalam industri seni kita nie..hehehe ;0