“Lor.. band Malaysia ke? Ingatkan band ‘ tuuut’..”.
Heh.. Setiap kali mendengar ungkapan sebegini, buatkan darah aku menyirap sampai ke telinga. Rasa macam nak lempang je orang yang menghamburkan kata-kata tersebut. Kenapa ye? Kamu kurang yakin dengan produk buatan Malaysia?
Paling tidak pun ini menampakkan yang hasil karya anak seni tempatan semakin mendapat perhatian umum. Membuka mata tauke-tauke pelopor industri hiburan tanah air yang selama ini hanya tahu membuat profit. Selama ini para pendengar dan penggemar musik Malaysia telah cukup lama di’bodoh’kan oleh mereka. Hampir setiap hari masyarakat kita disogokkan dengan material yang sama dari setiap stesen radio.
Nah! Kini kita boleh berbangga dengan kemunculan nama-nama baru seperti HUJAN dan Meet Uncle Hussein yang setanding karyanya dengan lagu-lagu yang sering berkumandang di radio. Tidak ada bezanya mereka ini dengan band-band “import” yang selama ini terlalu di’hi light’ kan sehingga membayangi kemunculan bakat-bakat anak tempatan. walhal, jika kita peka dengan persekitaran,sumbernya sama sahaja.Influence yang sama,nota musik yang sama, cuma bahasa, idea dan kreativiti arrangement sahaja yang membezakan mereka.
Kemunculan band-band seperti HUJAN dan Meet Uncle Hussein ini tepat pada masanya. Cukup dengan garapan pakej yang diperlukan untuk muncul di hadapan beribu-ribu penonton, dibantu dengan sedikit tuah. Memang menjadi! Walaubagaimanapun, mereka tetap berhak di atas apa yang mereka capai kini. Segala kerja keras, wang yang dilaburkan, tanpa kenal putus asa serta jiwa ‘rockers’ yang tebal dalam diri mereka memang berbaloi.
Persetankan segala keji, caci maki orang. Cuma kamu yang tahu ape yang kamu lakukan! ” do it right! do it best!







